RYZEN 5 3500X mempunyai kelajuan asas 3.6GHz.
RYZEN 5 3500X mempunyai kelajuan asas 3.6GHz.
Muhammad Saufi Hassan


PEMINAT pasukan merah atau ‘Team Red’ yang sinonim dengan jolokan produk keluaran Advanced Micro Devices (AMD) terus menguasai segmen pemproses apabila melancarkan siri Ryzen 5 3500X.

Menerusi tanda harga, AMD Ryzen 5 3500X ditawarkan pada RM639 dengan enam teras serta enam Threads sesuai untuk semua jenis tugasan terutamanyaa permainan.

Tanda harga mampu milik berkenaan diramal akan membuatkan pengguna rambang mata memandangkan kebanyakan pemproses kelas pertengahan keluaran syarikat itu sangat murah jika dibandingkan dengan pasukan biru atau Intel.

Sebelum ini, pemproses jenis itu hanya direka untuk pasaran di China saja namun AMD sudah mengesahkan bahawa pemproses sama akan dibawa masuk ke negara ini bermula minggu depan.

Siri Ryzen 5 3500X mempunyai kelajuan asas 3.6GHz yang boleh dilakukan penalaan prestasi tinggi (overclocked) sehingga 4.1GHz.

Pemproses jenis ini hadir dengan penyejuk standard AMD Wraith Stealth dan pengguna tidak perlu bimbang untuk membeli penyejuk tambahan memandangkan sistem sedia ada mampu untuk menampung suhu pemproses.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 5:35 PM
Digital NSTP Subscribe