LOGO syarikat Apple kelihatan di luar kedai Apple di Beijing pada 14 Disember 2018. FOTO Reuters
LOGO syarikat Apple kelihatan di luar kedai Apple di Beijing pada 14 Disember 2018. FOTO Reuters
AFP

APPLE akan tutup semua kedainya di luar China sehingga 27 Mac ini dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, syarikat itu belajar daripada langkah yang diambil di China, di mana ia baru sahaja membuka semula kedainya.

"Satu daripada pengajaran adalah cara paling efektif bagi meminimumkan risiko jangkitan virus itu adalah dengan mengurangkan densiti dan memaksimumkan jarak sosial," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

"Apabila kadar jangkitan baharu terus meningkat di kawasan lain, kami mengambil langkah tambahan bagi melindungi pekerja dan pelanggan kami," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 4:57 PM
    Digital NSTP Subscribe