MOD permainan ‘Battle Royale’ diperkenalkan dalam judul Call of Duty: Modern Warfare 2019.
MOD permainan ‘Battle Royale’ diperkenalkan dalam judul Call of Duty: Modern Warfare 2019.
Muhammad Saufi Hassan


GENRE permainan ‘Battle Royale’ sememangnya sangat popular dalam kalangan peminat sukan elektronik dan ia umpama ‘pisang goreng’ apabila sentiasa menjadi pilihan peminat sukan elektronik.

Ia adalah mod pilihan untuk kebanyakan pembangun permainan memandangkan genre terbabit tidak pernah mengecewakan jika ia dijual di pasaran.

Terbaharu, siri permainan paling popular, Call of Duty: Modern Warfare 2019 (COD: MW 2019) melancarkan kemas kini terbaharu yang mengandungi mod permainan Battle Royale dikenali sebagai ‘Warzone’.

Mod permainan itu secara asasnya mengumpulkan 150 pemain untuk satu peta terbuka dan pembangun judul berkenaan iaitu Activision bijak mengolah kembali mod Battle Royale dengan memberikan mekanik permainan yang berbeza dengan judul lain.

Jika judul lain, pemain hanya diberikan satu peluang saja dan tidak akan kembali sehingga pusingan baharu namun bagi

Warzone, pemain berpeluang untuk kembali semula.

PEMAIN boleh kembali ke medan pertempuran menerusi satu pusingan mod ‘gunfight’ dengan pemain lain.
PEMAIN boleh kembali ke medan pertempuran menerusi satu pusingan mod ‘gunfight’ dengan pemain lain.

Pemain yang sudah ditembak mati akan dihantar ke ‘Gulag’ sebagai tawanan perang dan akan bermain satu pusingan 1 v 1 dalam mod ‘gunfight’ dan pemenang akan kembali kepada mod berkenaan.

Selain itu, jika pemain tewas dalam ‘gunfight’berkenaan, rakan sepasukan boleh menebus semula pemain yang terkorban menerusi pembelian yang diletakkan di beberapa kawasan di sekitar peta mod terbabit.

Ia adalah satu keunikan yang berbeza berbanding dengan judul permainan lain yang turut menampilkan mod pertempuran sama sekali gus memberi identiti permainan yang unik.

Mod terbaharu itu bukanlah kandungan boleh muat turun (DLC) berbayar sebaliknya sesiapa yang sudah membeli versi penuh permainan berkenaan dapat bermain dengan percuma.

Selepas beberapa hari dilancarkan, Activision menyatakan jumlah pemain terkini melebihi dua juta orang dan kebanyakan maklum balas pemain adalah positif.

Sepanjang mod berkenaan, pemain boleh memilih untuk bermain secara persendirian atau berkumpulan dan menaiki beberapa kenderaan bagi meningkatkan diversiti mod terbabit.

DLC boleh dimuat turun tanpa bayaran tambahan kepada pemain yang sudah membeli versi penuh permainan berkenaan.
DLC boleh dimuat turun tanpa bayaran tambahan kepada pemain yang sudah membeli versi penuh permainan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 6:30 AM
Digital NSTP Subscribe