GENRE Battle Royale terbaharu daripada Call of Duty: Modern Warfare 2019 mampu untuk mengisi masa lapang pemain.
GENRE Battle Royale terbaharu daripada Call of Duty: Modern Warfare 2019 mampu untuk mengisi masa lapang pemain.
Muhammad Saufi Hassan


SEPANJANG tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), #ITMETRO mencadangkan kepada semua ‘gamers’ tiga judul permainan yang boleh mengisi masa lapang sekali gus mengurangkan tahap kebosanan berada di rumah sepanjang hari.

Untuk pemilik konsol Sony PlayStation 4 (PS4), pengguna boleh memuat turun permainan judul Monster Hunter: World (MHW) secara percuma asalkan pengguna memiliki keahlian PlayStation Plus yang masih aktif.

Permainan berkenaan menampilkan konsep RPG atau Role Playing Games dengan pemandangan pemain perspektif ketiga dan ia adalah sebuah judul pengembaraan.

Sesuai dengan judul permainan, pemain akan memburu raksasa berlainan kelas serta keupayaan dan penulis merasakan ia satu judul permainan yang sangat menyeronokkan.

Bagaimanapun, pemain perlu meluangkan masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menewaskan raksasa berdasarkan kepada keupayaan senjata yang dipakai oleh karakter pemain.

MONSTER Hunter: World ditawarkan secara percuma bagi pemegang aktif PlayStation Plus sepanjang bulan ini.
MONSTER Hunter: World ditawarkan secara percuma bagi pemegang aktif PlayStation Plus sepanjang bulan ini.

Untuk makluman pemain, Sony PlayStation Store turut menawarkan pelbagai judul menarik dengan tawaran harga diskaun sepanjang 18 hingga 31 Mac ini.

Judul kedua pula adalah Call of Duty: Modern Warfare 2019 khusus untuk mod Warzone. Mod berkenaan adalah genre permainan Battle Royale dan pemain boleh bermain secara sendirian atau bersama pasukan.

Mod permainan Warzone berkenaan baru dilancarkan pertengahan Mac lalu dan ia mendapat perhatian ramai memandangkan konsep permainan kesukaan ramai iaitu Battle Royale.

Judul ketiga pula adalah Sekiro: Shadow Die Twice. Permainan bergenre Sword Slingers kebiasaannya agak membosankan kerana jalan cerita yang boleh diramal selain aksi karakter yang terhad kerana hanya menggunakan beberapa aksi.

Namun itu hanya tinggal persepsi jika menyebut judul permainan terbaharu iaitu Sekiro: Shadows Die Twice.

Pembangun permainan ini, FromSoftware seakan-akan tahu masalah yang dihadapi dalam kebanyakan permainan bergenre ini.

Permainan ini jarang untuk diminati penggemar sukan elektronik kerana agak sukar jika bermain dalam tahap kesukaran (hard) dan terlalu senang jika bermain menerusi tahap mudah (easy).

JUDUL Sekiro: Shadows Die Twice menampilkan mod pengembaraan dan jam permainan yang panjang.
JUDUL Sekiro: Shadows Die Twice menampilkan mod pengembaraan dan jam permainan yang panjang.

Ketiga-tiga judul berkenaan mampu untuk mengisi masa atau time-killing kepada kaki game sepanjang perintah berkenaan dan #ITMETRO menasihatkan kepada semua agar mematuhi setiap arahan pihak berkuasa.

Paling penting adalah menjauhi kawasan tumpuan ramai sekali gus mampu untuk memutuskan rantaian penularan virus Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 6:45 AM
Digital NSTP Subscribe