LAPORAN Microsoft.
LAPORAN Microsoft.
Muhammad Saufi Hassan


MICROSOFT hari ini mendedahkan kelemahan bagi kod pelaksanaan jarak jauh yang boleh didapati dalam semua versi Windows dan ia sedang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun kod pelaksanaan itu menjadi serangan bagi 'sasaran terhad', namun pengguna sistem operasi terbesar itu masih terdedah dengan serangan siber terutamanya ketika musim kebanyakan negara menguatkuasakan arahan perintah kawalan terhad termasuk di negara ini bagi memerangi penularan virus Covid-19.

Menerusi satu laporan portal teknologi menyatakan bahawa sekiranya penggodam berjaya menyerang, mod serangan yang digunakan adalah menerusi perisian hasad yang dihantar kepada peranti mangsa.

Microsoft dilaporkan sedang melakukan siasatan berhubung kecacatan berkenaan dan sehingga kini, tiada kemas kini baharu yang dilancarkan untuk membaiki kekurangan sedia ada.

Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati terutamanya ketika melakukan transaksi perbankan dan memastikan tiada elemen luar biasa sama ada menerusi laman web atau sebarang pop naik.

Mereka juga disarankan untuk mengemaskini sistem anti virus yang dipasang di komputer supaya ia dapat menjejaki sebarang kegiatan luar biasa di dalam sistem komputer.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 3:13 PM
    Digital NSTP Subscribe