GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Muhammad Saufi Hassan

[email protected]

LEBIH 700 juta individu sudah menggunakan ekosistem Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS) dan platform berkenaan terus berkembang terutamanya selepas pelancaran beberapa produk utama di pasaran.

Huawei menerusi satu kenyataannya menyatakan bahawa nisbah peningkatan itu berlaku sebanyak 32 peratus setiap tahun dan syarikat gergasi berkenaan yakin bakal menjadi menyedia platform utama tidak lama lagi.

Presiden Perkhidmatan Konsumer Huawei, Zhang Ping'an berkata, syarikat itu sentiasa komited untuk menjadikan platform berkenaan sebagai mesra pengguna dan mesra pembangun aplikasi.

"AppGallery iaitu platform rasmi untuk Huawei sudah boleh diakses lebih 170 negara seluruh dunia dan jumlah kepenggunaan sudah lebih 700 juta akaun. Ia satu perkembangan yang sangat membanggakan," katanya.

Huawei menyatakan kini terdapat lebih 81,000 aplikasi yang sedia mengintegrasikan sokongan HMS Core, sementara angka pembangun pula telah mencapai 1.6 juta orang pembangun berdaftar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 6:41 PM