OtterBox
OtterBox
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan keras.

  Untuk itu, jenama OtterBox sekali lagi tampil untuk beberapa siri pelindung belakang khusus untuk pengguna peranti Apple iPhone 12 supaya melindungi perkakas mereka daripada calar atau retak jika jatuh dari tempat tinggi.

  Kali ini, OtterBox memperkenalkan lima pelindung belakang khusus untuk peranti berkenaan antaranya daripada barisan produk Symmetry Series, Otter+Pop Series, Defender Series, Commuter Series dan Strada Series.

  Bagi Symmetry Series ia adalah pelindung belakang yang nipis dan lebih bergaya serta mempunyai pilihan warna termasuk rekaan grafik.

  Pengguna yang lasak boleh memilih Defender Series memandangkan ia dilengkapi dengan teknologi penyerap hentakan serta menjaga peranti pintar anda.

  OtterBox juga memperkenalkan pelindung skrin Amplify untuk iPhone 12 yang mempunyak ketahanan lima kali anti calar atau Alpha Glass bagi pengguna yang memilih skrin privasi.

  Tanda harga untuk pelindung peranti bermula pada harga RM149 bagi Commuter Series sehingga RM259 untuk Defender Series.

  Bagi pelindung skrin pula, Alpha Glass dijual pada harga RM129 manakala Amplify Glass berharga RM189.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 11:08 PM