Pengarah SKYWORTH Malaysia, Kang Ban Thai memperkenalkan variasi baharu TV keluaran syarikat berkenaan.
Pengarah SKYWORTH Malaysia, Kang Ban Thai memperkenalkan variasi baharu TV keluaran syarikat berkenaan.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

Pemilihan televisyen (TV) Android sememangnya sudah menjadi keutamaan bagi pengguna hari ini terutamanya untuk aplikasi hiburan yang semakin popular.

Untuk itu, pengguna boleh membuat pemilihan kepada jenama SKYWORTH yang menawarkan teknologi terkini termasuk menawarkan resolusi Definisi Ultra (UHD) 4K.

Jenama Jenama SKYWORTH ditubuhkan pada tahun 1988 di Shenzhen, China dan mula memasuki pasaran negara sejak dua tahun lalu.

Berteraskan budaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mendalam, pengeluar TV premium ini mensasarkan pasaran kelas atasan atau 'high-end' di China kini menjadi salah satu peneraju televisyen berinovasi tinggi dan TV OLED yang terkemuka di dunia.

Syarikat berkenaan memperkenalkan TV daripada model produk SUC7500 berasaskan kepada sistem operasi Android TV 10.0 dan peranti berkenaan turut dilengkapi dengan gedung maya, Google Play.

Model baharu berkenaan mempunyai alat kawalan jauh dilengkapi dengan butang pintasan Google Assistant bagi memudahkan pengendalian aplikasi pilihan pengguna dan juga peranti pintar dalam rangkaian Internet yang sama.

Pengarah Urusan SKYWORTH, Cocu Li berkata, TV berkenaan turut menawarkan pilihan bahasa antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Inggeris.

"Ciptaan kami adalah bersandarkan kepada gaya hidup pintar zaman digital.

"TV pintar siri SUC7500 ditawarkan dengan tiga saiz berbeza iaitu 50 inci, 55 inci dan 65 inci.

"Ia diperkasakan lagi dengan teknologi pemprosesan gambar Chameleon Extreme 2.0 terunggul SKYWORTH untuk kualiti gambar yang optimum supaya anda dapat menikmati pengalaman menonton yang terbaik," katanya.

Menurutnya, ia juga menggabungkan teknologi Dolby Audio dan DTS Studio Sound untuk membawa hiburan yang mempesonakan dengan sistem bunyi persekitaran (surround sound) yang lebih realistik untuk filem atau muzik.

Katanya, ia juga disempurnakan dengan teknologi Wonder Audio Live yang menjanjikan aspek kesan bunyi 'treble and bass' berkualiti tinggi yang mengagumkan.

"Selain China, pusat R&D global kami juga ditubuhkan di negara-negara Asia yang lain dan Eropah.

"Ia adalah daya penggerak inovasi SKYWORTH yang mana cetusan idea jurutera kami daripada pelbagai negara dapat digabungkan untuk menghasilkan teknologi terkini dalam produk SKYWORTH.

"SKYWORTH SUC7500 juga menampilkan teknologi AV1 Codec terkini, iaitu standard codec video terkini dengan peningkatan prestasi UHD dengan 30 peratus lebih baik daripada model lama yang menggunakan codec VP9, HEVC dan H.265.

Li berkata, SKYWORTH adalah syarikat pertama yang menghasilkan TV OLED secara besar-besaran bermula pada 2014 sekali gus menjadi peneraju industri TV ke arah OLED.

"SKYWORTH disokong oleh 11 tapak pengilangan di seluruh pelusuk dunia termasuk di China serta negara-negara Asia yang lain, Eropah, Afrika dan Mexico yang mana ia mewujudkan satu asas kukuh untuk rantaian bekalan yang lebih stabil dan efisien bagi memenuhi permintaan pasaran global.

"Ini memainkan peranan penting dalam mencatur strategi globalisasi kumpulan SKYWORTH," katanya.

Pada masa sama, Pengarah SKYWORTH Malaysia, Kang Ban Thai berkata, syarikat berkenaan akan terus memperkenalkan TV Android inovatif untuk pasaran Malaysia dan kami berikrar menjadikannya satu produk yang amat bermakna yang mampu dimiliki oleh setiap isi rumah bagi setiap segmen pasaran yang berbeza.

"Selain TV, kami turut berusaha bersungguh-sungguh memastikan pengguna menikmati pengalaman terbaik melalui pelbagai produk SKYWORTH yang lain demi memenuhi selera and permintaan pasaran yang sentiasa berubah mengikut masa," katanya.

Produk SKYWORTH SUC7500 dijual dengan harga bermula daripada RM3,000 (harga runcit yang disyorkan) di 150 kedai barangan elektrik persendirian dan 200 kedai rantaian termasuk Senheng, Onking, HLK, TBC dan lain-lain.

Pengguna juga juga boleh memilikinya melalui pembelian dalam talian seperti melalui Lazada dan Shopee. Layari www.skyworth.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti Facebook: SKYWORTH Malaysia dan Instagram SKYWORTH_my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 11:13 PM