KEADAAN Jalan Brickfields yng sesak kerana pemandu memberhentikan dan meletakkan kereta sesuka hati.
KEADAAN Jalan Brickfields yng sesak kerana pemandu memberhentikan dan meletakkan kereta sesuka hati.
Oleh Iskandar Shah Mohamed

Kuala Lumpur: Tiada kesedaran sivik dan hanya mementingkan diri. Itu keluhan orang ramai mengenai sikap segelintir pengguna jalan raya meletakkan kenderaan di bahu jalan menyebabkan lalu lintas kelam kabut dan sesak teruk hampir setiap hari walaupun bukan ketika waktu puncak atau cuti minggu.

Ada pemandu sengaja berada di belakang kenderaan lain dalam tempoh lama serta menghalang laluan hingga mencetuskan pergaduhan.

Golongan degil itu menjadikan kekurangan tempat letak kereta alasan untuk melanggar peraturan, sedangkan mereka gemar meletakkan kenderaan sesuka hati kerana malas berjalan jauh ke bank, kedai runcit atau restoran.

Tinjauan Metro Ahad sekitar Bangsar, Brickfields dan Bukit Bintang mendapati ada kenderaan menjadikan laluan bas dan teksi serta persimpangan lampu isyarat sebagai kawasan parkir tanpa menghiraukan kesulitan dihadapi pengguna jalan raya lain.

Suri rumah, Ruslina Mahussin, 50, berkata, tabiat buruk itu perlu dikikis golongan berkenaan dan memikirkan pengguna lain yang berkemungkinan menghadapi situasi kecemasan.

Sewaktu berurusan di sekitar Brickfields sebelum ini, saya yang berada di tempat parkir ditetapkan terpaksa ‘bertapa’ dan membunyikan hon hampir setengah jam semata-mata menunggu pengguna mengalihkan keretanya yang berada di belakang kenderaan saya.

“Pemandu itu kemudian langsung tidak memohon maaf dan menyebabkan berlaku perbalahan mulut kerana saya mahu bergegas ke hospital selepas menerima berita cucu saya sakit,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:08 AM