Anggota bomba berusaha mengeluarkan kaki murid  perempuan yang tersepit pada jeriji longkang sekolah di Desa Cempaka, semalam.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan kaki murid perempuan yang tersepit pada jeriji longkang sekolah di Desa Cempaka, semalam.

Nilai: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun menanggung kesakitan lebih 10 minit apabila kaki kanannya tersepit pada jeriji penutup longkang di sebuah sekolah di Desa Cempaka di sini, semalam.

Murid tahun dua sekolah berkenaan dikatakan melalui kaki lima sebuah bangunan sebelum tiba-tiba kakinya terperosok dalam jeriji penutup longkang menyebabkan dia tidak dapat bergerak.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa cuba dibantu rakan dan guru untuk mengeluarkan kaki kanannya, namun gagal sebelum pihak sekolah menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Shamir berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.51 petang sebelum sebuah jentera bersama 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:21 AM