Oleh Shamsul Munir Safini


Padang Besar: “Saya seolah-olah dipukau apabila wanita itu tiba-tiba meminta untuk memegang belakang pangkal pahanya sebelum saya menyerahkan loket dan gelang emas apabila diminta,” kata pekerja kedai dobi, Fatin Nabila Bahdi, 22, seorang daripada beberapa mangsa penipuan dipercayai dilakukan seorang wanita berusia 30-an yang membabitkan kerugian hampir RM10,000 sejak awal tahun ini.

Fatin berkata, dalam kejadian Khamis lalu, dia sedang bekerja di kedai dobi di Beseri, di sini, apabila seorang wanita berambut perang datang menghantar pakaian pengantin.

“Saya beritahu kedai dobi ini tidak menyediakan cucian kering dan wanita itu kemudian berbual menceritakan kononnya mahu melangsungkan majlis pertunangan beberapa minggu lagi.

“Kami berbual selama 15 minit sebelum dia beritahu pernah ditimpa kemalangan dan saya disuruh menyentuh bahagian belakang pangkal pahanya, kononnya ada kesan parut.

“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa mengikut permintaannya sebelum wanita itu memuji gelang emas dan loket dipakai saya. Dia kemudian meminta saya menanggalkannya kerana mahu ditunjukkan kepada saudaranya yang berada di luar kedai,” katanya.

Menurutnya, dia seolah-olah dipukau membuka gelang emas dan loket bernilai RM3,000 sambil dibantu wanita berkenaan dan memberikan kepadanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:10 AM