SUZA menunjukkan gambar kecederaan  akibat dipukul   bekas suami dan keluarganya
SUZA menunjukkan gambar kecederaan akibat dipukul bekas suami dan keluarganya
Oleh Norul Awatif Romli

Pendang: “Sehingga kini, saya masih trauma akibat dibelasah bekas suami bersama ahli keluarganya walaupun kejadian itu sudah empat bulan berlalu. Cuma saya perlu tabah kerana perlu mencari nafkah untuk membesarkan anak tunggal selain membantu ibu bapa yang uzur.”

Begitu kata Suza (bukan nama sebenar), 27, dari Mukim Air Puteh, di sini, apabila mendakwa dihantui ketakutan setiap kali keluar rumah kerana masih dibayangi kejadian dibelasah di luar pintu Mahkamah Syariah Pendang sejurus selesai prosiding perceraiannya dengan lelaki berusia 20-an terbabit pada Julai lalu.

Akibat kejadian itu, wanita terbabit mendakwa mengalami kecederaan ringan di muka, bahu, tangan, lutut dan kaki lalu membuat laporan di Balai Polis Pendang pada hari sama bagi memastikan keselamatannya.

Menurutnya, walaupun perlu menerima hakikat perceraian itu dan lebih banyak mendiamkan diri, sehingga kini dia tidak tahu punca sebenar diceraikan oleh bekas suami, malah turut dibenci keluarga mentua.

Katanya, sememangnya dia masih bersedih dengan kejadian menimpa dirinya, namun bersyukur kerana kehidupan dilaluinya kini bertambah baik.

“Walaupun kejadian itu membuatkan maruah saya dan keluarga tercemar, saya tidak mahu berdendam dan berdoa Allah SWT membuka pintu hati mereka untuk berubah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:06 AM