LOLANOPITA menukar pengakuan bersalah pada hari perbicaraannya.
LOLANOPITA menukar pengakuan bersalah pada hari perbicaraannya.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: “Saya mengaku,” kata Lolanopita Sadi, 40, sambil mengangguk kepala sebaik dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan membiarkan anak remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dibacakan semula jurubahasa di depan Hakim Kamarudin Kamsun di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Semalam dan hari ini ditetapkan untuk perbicaraan kes berkenaan, namun ibu kepada dua anak itu yang berdepan pertuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 menukar pengakuan kepada bersalah, semalam.

Kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 27 Jun lalu, Lolanapita mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM7,000 selepas wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) tempat dia bekerja, membayar wang jaminan itu.

Pada sebutan semula kes itu 2 Oktober lalu, mahkamah menetapkan semalam dan hari ini sebagai tarikh perbicaraan, namun tertuduh yang berbaju kurung warna ungu dan bertudung membuat keputusan untuk menukar pengakuannya itu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini, antara Januari dan jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:13 AM