EMAS palsu yang digunakan bagi memperdaya peniaga.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Gombak: Berat dan rupa fizikal tidak ubah seperti emas tulen. Itu antara taktik digunakan penjenayah untuk memperdaya peniaga barang kemas dengan menjual emas palsu kepada mangsa.

Penjenayah menggunakan taktik kononnya emas ‘tulen’ itu harta pusaka yang mahu digadai atau dijual bagi mendapatkan wang tunai.

Bagaimanapun, mangsa dalam kalangan pemilik kedai barang kemas hanya menyedari ditipu selepas membuat pemeriksaan teliti kali kedua.

Dalam kejadian terbaru, seorang peniaga barangan kemas berputih mata selepas ditipu seorang penganggur yang cuba menggadai rantai emas didakwa harta pusaka keluarganya, Selasa lalu.

Sumber polis berkata, kejadian membabitkan mangsa yang membuka premis barang kemas di Taman Sri Selayang, di sini.

“Suspek pada mulanya datang berjumpa mangsa dengan mendakwa mahu menggadaikan rantai emas milik keluarganya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:10 AM