DARI kiri, Dr Haron, Dr Ab Razak, Dr Baharrudin dan Yusof.
DARI kiri, Dr Haron, Dr Ab Razak, Dr Baharrudin dan Yusof.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Kuala Lumpur: Lebih RM100 juta diperlukan untuk membawa pulang hampir 5,000 naskhah manuskrip lama khazanah Melayu yang kini di beberapa negara Barat, termasuk di Leiden, Belanda.

Penolong Pengarah Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Faizal Hilmie Yusof berkata, manuskrip terbabit tidak boleh dipulangkan dengan percuma kerana semua naskhah itu sudah berada di negara berkenaan sejak lebih 70 tahun lalu.

“Deklarasi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menetapkan artifak yang berada di negara luar untuk tempoh melebihi 70 tahun menjadi hak milik negara terbabit.

“Bagaimanapun, kita sedang berusaha untuk membawa pulang sebanyak mungkin manuskrip lama itu tapi kosnya amat tinggi, tidak termasuk kos pemuliharaan dan menjaganya seperti dilakukan di Barat,” katanya di Perpustakaan Negara di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Forum Merungkai Rahsia Manuskrip Melayu bagi merungkai manuskrip khazanah Melayu yang berada di seluruh dunia termasuk Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat, Brussels, Belgium, London, United Kingdom, Afrika Selatan, Perancis, Singapura, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:16 AM