Shah Alam: “Bagi pihak i-City, kami tidak sabar untuk menerima kunjungan pembaca setia Harian Metro (HM) ke taman tema selain menikmati pelbagai lokasi tarikan yang sudah pasti akan mengujakan pengunjung,” kata Pengurus Maklumat i-City Tang Soke Cheng (gambar) sempena Gempak Santai Harian Metro (GSHM) yang membuka tirainya hari ini.

Bagi menghargai sokongan pembaca setia akhbar ini, Harian Metro dengan kerjasama i-City menawarkan 15,000 tiket percuma ke taman tema [email protected] selam dua hari bermula hari ini dan esok.

Menurut Tan, kerjasama kali kedua dengan Harian Metro pastinya menjanjikan suatu pengalaman baru selain menarik pengunjung ke taman tema i-City.

Katanya, dengan pelbagai tarikan, peserta GSHM dapat merasai kepuasan meneroka ke segenap lokasi antaranya House of Horror, Red Carpet, Trick Art Museum dan banyak lagi.

“Untuk hari pertama, dijangka 7,500 pembaca akan datang dan bakinya akan datang esok, juga pihak kami sudah bersedia menerima kunjungan mereka dan dijangka tiada kesulitan kerana i-City menawarkan pelbagai kemudahan seperti makanan dan tempat tinggal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:20 AM