KHALID (kiri) menyerahkan bantuan sumbangan mangsa banjir sebagai simbolik pelancaran kepada wakil Polis Diraja Malaysia sambil diperhatikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid (tengah).
KHALID (kiri) menyerahkan bantuan sumbangan mangsa banjir sebagai simbolik pelancaran kepada wakil Polis Diraja Malaysia sambil diperhatikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid (tengah).

Subang: Seorang individu disyaki terbabit menyebarkan berita palsu berhubung kejadian banjir di Kelantan menerima padah apabila ditahan polis dua hari lalu di ibu negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan individu disyaki melakukan tindakan itu.

“Kami sedang mengesan mereka yang sengaja menyebarkan berita palsu berhubung kejadian banjir bertujuan menghasut orang ramai supaya memarahi kerajaan.

“Polis memandang serius perkara itu kerana ia berisiko menimbulkan kekacauan ketika kita dilanda bencana,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana di Redland Hangar, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, semalam.

SKMM sebelum ini menyifatkan tindakan menyebarkan berita palsu berhubung kejadian runtuhan pusat pemindahan banjir di Sekolah Manek Urai, Kelantan sebagai keterlaluan.

Susulan itu beberapa individu diminta tampil memberi keterangan berkenaan penyebaran berita palsu itu yang menimbulkan panik orang ramai.

Dalam perkembangan sama, polis tidak menerima laporan baru berhubung kes jenayah kecurian pada musim banjir selain enam laporan polis diterima sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 7:38 AM