Surabaya: “Kami mengharapkan ada keajaiban dalam insiden ini di mana kemungkinan menemui mangsa yang terselamat ketika proses membawa keluar mangsa dan pesawat QZ8501,” kata Ketua Eksekutif AirAsia Indonesia Sunu Widyatmoko sebaik dua jenazah selamat tiba di Lapangan Terbang Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut Juanda (TNI-AL) pada jam 4 petang (Indonesia) semalam.

Dua kotak jenazah itu yang diterbangkan menggunakan pesawat Boeing 737 itu disambut Gabenor Jawa Timur Soekarwo bersama Pengarah Angkasa Pura I Tommy Sutomo dan Ketua Badan SAR Nasional Jawa Timur Hernanto.

Jenazah itu dibawa masuk ke dalam dua van jenazah milik TNI dan dihantar ke Hospital Bhayangkara jam 5.36 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 8:23 AM