SHARUDDIN (kiri) menyertai program gotong-royong membersih di SK Temai.
SHARUDDIN (kiri) menyertai program gotong-royong membersih di SK Temai.
Oleh Mohd Rafi Mamat

Pekan: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang tidak bercadang memindahkan 587 pencawang elektrik di tujuh daerah di negeri ini yang ditenggelami banjir besar akhir tahun lalu hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu dalam tempoh panjang.

Untuk memastikan kejadian sama tidak berulang, usaha menaik taraf pencawang terbabit akan dilakukan secara berperingkat menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai.

Pengurus Besarnya Datuk Sharuddin Mohd Simin berkata, banjir tahun lalu menyebabkan sebanyak 174 pencawang di Temerloh ditenggelami banjir, diikuti Jerantut (161), Lipis (132), Maran (34) dan Bera (28).

Menurutnya, sebanyak 40 pencawang di daerah ini juga turut ditenggelami banjir hingga memaksa TNB bertindak memutuskan bekalan elektrik bagi mengelak berlakunya litar pintas selain kerugian besar kepada pihaknya.

Katanya, pihaknya terpaksa menyewa 85 unit janakuasa bersaiz kecil dan besar bagi membekalkan elektrik kepada hospital, balai polis, pusat kawalan bomba dan penyelamat termasuk pengguna di kawasan terbabit.

“Kita memutuskan semua 587 pencawang yang ditenggelami banjir tahun lalu tidak perlu dipindahkan kerana beberapa faktor seperti memerlukan kos yang besar dan lokasi pencawang hampir kawasan penempatan.

“Semua pencawang yang dibina dianggap sesuai dan begitu strategik untuk membekalkan elektrik kepada pengguna di kawasan terbabit, justeru kerja memindahkan pencawang terbabit tidak perlu dilakukan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:24 AM