PENGEMIS berkumpul di hadapan tokong di Klang sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Pengemis mewah. Itu gambaran tepat situasi pengemis di hadapan Tokong Kwan Imm, di sini, apabila mampu mengemis hingga mencecah pendapatan RM2,000 sehari apabila tiba musim perayaan.

Situasi berkenaan menjadi pemandangan normal kepada pengunjung di rumah ibadat berkenaan ketika mereka melakukan upacara keagamaan sempena Tahun Baru Cina.

Tinjauan di tokong itu pada hari ketiga sambutan perayaan berkenaan mendapati masih ramai pengemis berkumpul dan mereka menggunakan kotak untuk mengalas tempat duduk.

Mereka hadir sejak pagi malah turut membawa payung untuk berteduh dan terdapat juga pengemis warga asing.

Setiausaha Persatuan Rumah Berhala Kwan Imm Lim Meng Yap berkata, kehadiran pengemis di luar kawasan tokong berkenaan wujud sejak 10 tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 7:56 AM