AYDA dan Johan girang dengan kemenangan mereka.
AYDA dan Johan girang dengan kemenangan mereka.

Kuala Lumpur: Johan dan Ayda Jebat masing-masing dipilih sebagai pemenang kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) pada Anugerah MeleTOP Era (AME) 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Selaku pemenang, mereka membawa pulang RM10,000 dan trofi sumbangan Astro setiap satu.

Johan turut mengungguli tiga kategori Artis Lawak MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Program Radio MeleTOP menerusi JoHaRa Pagi Era yang dikendalikannya bersama Haniff dan Ray.

Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza memenangi dua kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP.

Akim & The Majistret juga memenangi dua kategori, Grup Duo MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi Mewangi.

Pemenang untuk kategori lain adalah Ayda Jebat (Artis Baru MeleTOP), Scha Al Yahya dan Awal Ashaari (Couple MeleTOP), Maharaja Lawak Mega 2013 (Program TV MeleTOP), Nelydia Senrose (Bintang Filem MeleTOP), Abang Long Fadil (Filem MeleTOP) dan Nur Fazura (Fesyen MeleTOP).

Kategori baru yang diperkenalkan pula mengangkat Bukan Kerana Aku Tak Cinta (Drama TV MeleTOP), Datuk AC Mizal (Hos TV MeleTOP) dan Zul Ariffin (Pelakon TV MeleTOP).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 8:43 AM
Digital NSTP Subscribe