Ahmad Zahid (dua dari kiri) bersama Mazlan Lazim (belakang, dua dari kanan) bertemu dengan  Mohd Azrul (kiri) pada Majlis Apresiasi Petugas Pengurusan Banjir Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Kota Bharu: “Sayu dan sebak apabila melihat anak berulang kali memanggil nama ibu mereka ketika tidur,” kata Mohd Azrul Isahak, 30, suami kepada Yashmin Fauzi, 26, yang mati disamun dan dibunuh dalam kejadian di Kampung Batu Papan, dekat Gua Musang, Ahad lalu.

Bapa kepada tiga cahaya mata iaitu Ahmad Qashri Mohd Azrul, 5, Qashri Adli Mohd Azrul, 3, dan Qashri Adam Mohd Azrul enam bulan, berasa sedih kerana anak-anaknya melihat sendiri ibu mereka dibunuh di depan mata.

Katanya, lebih menyentuh hati, anak bongsu, Qashri Adam sentiasa meragam kerana perlu menyesuaikan diri menggunakan susu botol kerana sebelum ini bergantung sepenuhnya dengan penyusuan ibunya.

“Apa yang terjadi, saya akan menjaga mereka dan memberi sepenuh kasih sayang walaupun tidak setanding dengan kasih sayang seorang ibu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 8:55 AM