MOHD Yusuf mendukung Doraisamy selepas minum petang, semalam.
Oleh Ravale Savarinathan

Teluk Intan: “Saya tidak kisah apa pandangan orang lain. Memang betul kami berlainan budaya, bangsa dan agama, namun ia sedikit pun tidak menghalang saya daripada berbakti dan membantu sesama insan,” kata Mohd Yusuf Rohani, 45.

Mohd Yusuf tidak kekok membantu rakan karibnya yang juga pesakit kencing manis kronik R Doraisamy, 65.

Dia yang berasal dari Ladang Selabak dekat sini, sanggup membahagikan masa sehariannya untuk menjaga dan menguruskan kehidupan rakan karibnya itu.

Mohd Yusuf berkata, dia mula menjaga Doraisamy sejak 15 tahun lalu selepas kedua-dua kaki Doraisamy dipotong kerana penyakit kencing manis dihidapinya.

Menurutnya, dia berasakan bagaikan menjadi tanggungjawabnya sebagai manusia untuk bantu membantu dalam memastikan kebajikan rakannya itu.

Katanya, Doraisamy yang masih bujang dan yatim piatu memerlukan penjaga makan minum dan perubatan daripada seseorang kerana keadaan fizikalnya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 6:46 AM