JOHAN (kanan) menerangkan kepada anggota BNBBC kegunaan Studio A di Sri Pentas, semalam.
JOHAN (kanan) menerangkan kepada anggota BNBBC kegunaan Studio A di Sri Pentas, semalam.

Petaling Jaya: Seramai 11 anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) mendengar taklimat korporat pengurusan kanan Media Prima Berhad (Media Prima) di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, semalam.

Taklimat disampaikan Pengerusi Media Prima, Tan Sri Johan Jaaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Menurut Johan, terdapat dua lagi siri lawatan korporat berkenaan khususnya bagi memahami fungi, operasi dan perniagaan kumpulan media terbesar Malaysia itu.

“Pelbagai isu dibangkitkan anggota BNBBC dalam pertemuan kali ini termasuk perubahan landskap (media) berikutan kewujudan lambakan media baru.

“Ternyata BNBBC memahami peranan Media Prima yang memiliki pelbagai platform media termasuk penyiaran, percetakan, dalam talian dan pengiklanan untuk menunaikan tanggungjawab sosial terhadap negara,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pengawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Ahmad Izham Omar.

Antara anggota BNBBC yang hadir adalah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Johari yang mengetuai lawatan itu berkata, media penyiaran berbayar sepatutnya tidak mengambil iklan kerana ia tidak adil kepada media lain yang bergantung kepada pengiklanan untuk sumber pendapatan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 9:07 AM
Kabinet Malaysia 2020