Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Ibu tunggal atau janda yang sanggup membawa anak yang masih kecil menemani mereka melakukan aktiviti pelacuran boleh mempengaruhi tingkah laku negatif kanak-kanak berkenaan apabila dewasa kelak.

Perunding motivasi dan psikologi Dr Muhamad Jantan berkata, tanggapan kononnya anak masih kecil dan tidak tahu apa-apa mengenai tindakan ibu mereka memuaskan nafsu bersama lelaki lain di depan mata adalah tidak tepat.

“Pembentukan otak manusia sempurna seawal usia tujuh bulan sehingga umur enam tahun.

“Tempoh itu adalah waktu paling mudah kanak-kanak mengingati apa sama ada melalui deria visual (penglihatan), audiotary (pendengaran) atau kinestatik (rasa).

“Apabila terlalu kerap melihat aktiviti seksual yang dilakukan, pertumbuhan seksual mereka juga lebih lebih cepat berbanding orang lain iaitu seawal usia tujuh tahun,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 6:11 AM