ALIAS (kiri) bersama Subromaniam pada sidang media mengenai GST, semalam.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Kumpulan pertama peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan mula didakwa minggu ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk T Subromaniam pada sidang media GST bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad di sini semalam.

Subromaniam berkata, setakat ini, 13 kertas siasatan kes sudah disiapkan mengikut Seksyen 33 (10)(b) iaitu peniaga yang tidak berdaftar GST, tetapi mengenakan GST.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak dapat mengesahkan berapa kes yang akan berdepan pendakwaan namun, yakin akan ada kes yang dibawa ke mahkamah berdasarkan kesalahan serius yang dilakukan peniaga berkenaan.

“Kes itu membabitkan premis restoran dan kedai runcit yang beroperasi di sekitar Lembah Klang, Johor dan Perak dan kesalahan dilakukan adalah mengenakan GST kepada pengguna biarpun tanpa daftar GST,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 10:27 AM