AZMI (empat dari kanan) dan Mahfar (kanan) bersama ahli keluarga melihat jenazah untuk kali terakhir.

Shah Alam: Jenazah bapa mentua kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH) Datuk Mahfar Ali, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, pagi semalam.

Anak keduanya, Datuk Azmi Abdul Malek, berkata bapanya, Allahyarham Abdul Malek Kulub Aji, 80, menghembuskan nafas terakhir di rumah adiknya di Bandar Puteri, Klang, kira-kira jam 5.30 pagi semalam, akibat sakit tua selepas mengalami serangan angin ahmar tiga tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan 11 anak iaitu empat lelaki dan tujuh wanita.

“Ayah sebelum ini tinggal di Kampung Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak, tetapi selepas ibu meninggal dunia pada 2011, kami adik beradik secara bergilir-gilir menjaganya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Turut memberi penghormatan terakhir adalah Pengerusi Media Prima Berhad (MPB) Tan Sri Johan Jaaffar dan Pengarang Bersekutu Berita dan Integrasi Media BH Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 7:39 AM