Oleh Iskandar Shah Mohamed

Kajang: Sesak dan mengelirukan. Begitu keluhan pengguna jalan raya mengenai keadaan di persimpangan utama Bandar Mahkota Cheras di sini, yang didapati semakin sibuk berikutan beberapa faktor termasuk keengganan segelintir pemandu mematuhi lampu isyarat.

Suasana seumpama itu dapat dilihat setiap hari termasuk di luar waktu puncak dengan dipenuhi kenderaan terutama lori dan motosikal penduduk setempat yang hanya menggunakan laluan sama untuk menuju ke Kuala Lumpur atau bandar ini.

Tinjauan Metro Ahad mendapati lokasi berdekatan jejambat di Lebuhraya Cheras-Kajang itu mempunyai persimpangan biasa seperti kawasan lain tetapi merangkumi dua simpang kecil lain yang turut dijadikan sebagai laluan oleh pengguna.

Ia didakwa mencetuskan kekeliruan terutama buat mereka yang baru datang ke kawasan itu sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kecil.

Selain itu, tempoh lampu isyarat hijau yang dikatakan singkat antara faktor penyebab kesesakan teruk hampir satu kilometer terutama ketika waktu pagi dan petang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 5:14 AM