Kuala Lumpur: Seorang eksekutif Google Inc adalah antara yang terkorban dalam kejadian runtuhan salji ketika mendaki Gunung Everest susulan gempa bumi yang melanda Nepal, Sabtu lalu.

Mangsa, Dan Fredinburg terkorban dalam kejadian runtuhan salji yang memusnahkan sebahagian daripada kem berkenaan.

Pengarah Privasi Google Lawrence You berkata, tiga rakannya yang lain terselamat daripada runtuhan salji itu.

“Usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka pulang dengan segera,” katanya yang turut mengumumkan kematian Fredinburg menggunakan laman sosial Twitter.

Menurutnya, Fredinburg adalah seorang ahli yang sudah lama berkhidmat dalam Organisasi Privasi berada di Nepal bersama tiga lagi rakan sekerja untuk mendaki Gunung Everest.

“Dia sudah meninggal dunia,” kata You di Twitter.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 9:56 AM