KEADAAN mangsa yang parah selepas dilanggar kereta Khamis lalu.
KEADAAN mangsa yang parah selepas dilanggar kereta Khamis lalu.

Tanah Merah: Selepas bertarung nyawa selama 16 jam, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang yang dilanggar kereta bersama dua pejalan kaki lain di Kilometer 1, Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, di sini, Khamis lalu, menghembuskan nafas terakhir, kelmarin.

Mangsa, Che Ku Siti Fitri Juria Che Ku Anang, 23, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, jam 2.40 petang ketika menerima rawatan selepas parah di kepala.

Jenazah mangsa dituntut ahli untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Ujik Manik, Terengganu.

Dua lagi mangsa, Mohd Shaiful Azli Umar, 24, koma akibat cedera di kepala dan kini menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian, manakala Mohd Aiman Salahuddin, 24, patah kaki kanan dan dirawat di Hospital Tanah Merah (HTM).

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2015 @ 9:14 AM