Sejumlah RM64,130 berjaya dikumpulkan menerusi konsert amal ‘Remembering Our Heroes’ Gunung Kinabalu yang menampilkan 15 artis di Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, malam kelmarin.

Konsert anjuran bersama Persatuan Artis Sabah, Lembaga Kebudayaan Sabah dan Persatuan Suang Lotud itu dihadiri lebih 1,000 penonton.

Antara artis yang membuat persembahan ialah bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) seperti Stacy, Velvet, Felix Agus, Marsha, Adel, Rich, Adira, Firman, Faizul dan Lotter.

Pengerusi penganjuran konsert amal itu, Datuk Fredie Sua berkata, ia diadakan untuk mengumpul dana kepada Persatuan Malim Gunung.

Katanya, hasil jualan tiket dan derma turut disumbangkan kepada keluarga malim yang terkorban dalam bencana terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2015 @ 5:26 AM