X
MOHD Ridzuan (tengah) bergambar kenangan dengan penonton konsert yang hadir.
MOHD Ridzuan (tengah) bergambar kenangan dengan penonton konsert yang hadir.
Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid

Penampang: “Saya dan dua lagi rakan malim gunung sudah mempunyai keluarga angkat di Singapura,” kata Mohd Ridzuan Kauhinin, yang tiba di Kota Kinabalu, Jumaat lalu, selepas bertemu semula dengan pendaki dari Sekolah Rendah Tanjong Katong di Singapura.

Mohd Ridzuan, 25, berkata, peluang bertemu pendaki itu memberi kenangan terindah buat dirinya apabila turut menjadi anak angkat kepada keluarga murid terbabit.

Katanya, dia tiba di Singapura pada 15 Jun lalu bersama Simon Gohinmin dan Mazlee Liong bertemu murid sekolah yang diselamatkan mereka pada kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu, 5 Jun lalu, iaitu El Wafeeq El Jauzy dan Arnaav Karan Chabria, 11.

“Saya gembira dan terharu melihat murid yang kami selamatkan pada kejadian itu sihat serta teruja bertemu kami.

“Selain itu, saya terharu apabila mereka menganggap kami seperti keluarga dan lebih menggembirakan apabila keluarga Wafeeq mengambil saya sebagai anak angkat,” katanya di Konsert Amal ‘Remembering Our Heroes’ Gunung Kinabalu di Pusat Kebudayaan Sabah, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2015 @ 5:26 AM