PUTRI Mardiana
PUTRI Mardiana

Kuala Lumpur: Pelakon Putri Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat semalam.

Pasangan itu masing-masing dikenakan bon jaminan RM1,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin menetapkan 25 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan pasangan itu melantik peguam untuk mewakili mereka dalam kes berkenaan.

Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan Shahrizan, 31, ditahan di sebuah premis kediaman di Ukay Perdana, Hulu Klang berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 14 Disember tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 8:32 AM