PELAJAR yang menyertai Majlis Khatam Perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Oleh Ainul Fatihah Mansor

Putrajaya: “Jika sebelum ini saya hanya sempat membaca al-Quran seminggu sekali, tetapi pada Ramadan kali ini saya dapat membaca ayat suci al-Quran setiap hari bersama rakan menerusi program ini,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 11 A(1) Suraya Ashila Sharani.

Pelajar berusia 14 tahun itu antara 590 peserta Khatam Al-Quran Perdana 1435H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini.

Suraya Ashila berkata, menerusi program itu, dia dapat memperbaiki bacaan, selain dapat menenangkan hati.

“Walaupun ini kali pertama saya menyertai program ini, namun saya seronok lebih-lebih lagi membaca al-Quran bersama rakan sekolah sejak hari pertama Ramadan.

“Ia langsung tidak membebankan saya, malah ibu bapa juga memberi galakan untuk saya menyertainya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Khatam Al-Quran Perdana 1435H di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 8:41 AM