Johor Bahru: Sebanyak 28 kes pecah rumah di sekitar Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), berjaya diselesaikan apabila tiga lelaki ditahan di sekitar kawasan Taman Setia Indah di sini, pada 24 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah JBS Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, 28 kes pecah rumah yang membabitkan tiga suspek terbabit dilaporkan antara Januari hingga Mei lalu.

Katanya, seorang daripada tiga suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dan kes pecah rumah.

“Pelbagai barang kes dirampas berhubung 28 kes pecah rumah ini termasuk 30 penggera pintu dan anak kunci, 24 pelbagai anak kunci kereta serta 10 pembesar suara.

“Turut dirampas adalah sembilan telefon bimbit, enam kad pengenalan, lesen memandu, pasport antarabangsa milik orang lain, beg tangan wanita, empat kad Touch ‘N’ Go, tiga komputer riba dan dua pemain DVD.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 7:58 AM