MOHD Sakri menunjukkan bagaimana sindiket beroperasi.
KOMPUTER dan telefon yang digunakan sindiket.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Sebuah banglo tiga tingkat terletak di taman perumahan elit di Equine Park, Seri Kembangan di sini, yang tingkapnya sentiasa ditutup dengan kain hitam rupa-rupanya dijadikan markas sindiket ‘Macau Scam’ dan ia terbongkar selepas polis menyerbu kediaman terbabit, jam 11.30 malam Isnin lalu.

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hasil maklumat mangsa serta risikan.

Dalam serbuan itu, 21 lelaki dan lapan wanita warga China serta Taiwan berusia 25 hingga 40 tahun ditahan.

Ketua JSJK Selangor Asisten Komisioner Mohd Sakri Arifin berkata, semua ahli sindiket ‘Macau Scam’ berpindah ke banglo berkenaan sejak tiga minggu lalu.

“Keuntungan hasil penipuan itu mencecah jutaan ringgit dan tidak hairan sindiket terbabit mampu menyewa banglo RM12,000 sebulan yang lengkap dengan pengawal keselamatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 6:33 AM