Skip this ad x

Seorang pemasang jubin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan mencuri dompet berjenama dan wang tunai milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri membabitkan kerugian RM11,500, Ahad lalu.

Tertuduh, Wong Soon Siong, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri dompet berjenama Louis Vuitton berharga RM3,000 dan di dalamnya terdapat wang tunai RM6,500 serta 20,000 baht (RM2,318.89) milik Datuk Seri Al Fayed Abdullah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 1 pagi pada 16 Ogos lalu di tempat meletak kenderaan di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, Brickfields, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 8:28 AM