MOHD Merdeka memegang Jalur Gemilang sambil bermotosikal.
MOHD Merdeka memegang Jalur Gemilang sambil bermotosikal.
Oleh Zulfa Mohamad

Kepala Batas: “Kadang kala rasa bertuah juga nama Mohd Merdeka kerana orang kampung akan jerit ‘Merdeka’ setiap kali berselisih dengan saya,” kata Mohd Merdeka Ismail, 58, yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 bersamaan tarikh kemerdekaan negara.

Mohd Merdeka dari Kampung Dua Puluh Tepi Laut, Penaga, dekat sini, tidak menyangka nama yang diberikan bidan kampung iaitu Tok Esah ketika dilahirkan di Simpang Tiga, Tasek Gelugor, menyebabkan dia dikenang setiap kali sambutan kemerdekaan negara.

Katanya, walaupun bekerja sebagai nelayan, dia teruja setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan berikutan namanya yang unik, selain usianya sama dengan tahun Malaysia merdeka.

“Ketika masih bersekolah dulu, kadang kala rasa segan juga sebab rakan selalu mengejek nama Merdeka, tapi sekarang tidak lagi.

“Sebaliknya, saya berasa bangga kerana nama Mohd Merdeka mempunyai keunikan tersendiri, malahan rakan yang menjerit ‘Merdeka’ bukan kerana mengutuk nama itu sebaliknya ia semangat menyambut kemerdekaan negara,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 6:25 AM