MARLIANA menunjukkan gambar suaminya, Mohd Suffian kepada anaknya berusia lima tahun yang merindui ayahnya di Taman Sri Mawar, Kampung Air Meleleh, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: “Sudah seminggu suami tidak pulang ke rumah dan kami sekeluarga bimbangkan keselamatannya.

“Saya mengharapkan pertolongan kerajaan membawa pulang suami serta tiga rakan,” kata Marliana Mohd Said, 25, isteri kepada seorang nelayan, Mohd Suffian Alias, 30, yang ditahan pasukan polis marin Indonesia pada 9 September lalu.

Mohd Suffian, tekong bot Rozali Abd Rahim, 49, serta dua lagi rakan Jefri Muhamad, 49, dan Norazman Muhamad, 41, ditahan di perairan antarabangsa berhampiran Pulau Rupat, Dumai, Indonesia selepas didakwa menceroboh republik berkenaan.

Keempat-empat mereka ditahan jam 5.30 petang ketika memukat ikan oleh pasukan polis negara jiran itu yang menaiki sebuah kapal.

Marliana berkata, seperti kebiasaan suaminya keluar rumah jam 7.30 pagi untuk menangkap ikan bersama tiga rakannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 9:55 AM