Salleh

Batu Pahat: Seorang pesara tentera meninggal dunia apabila kepalanya terhantuk di atas jalan raya mengakibatkan pendarahan dalaman selepas ditanduk lembu korban di Surau Al Amin, Kampung Muhibbah di sini, jam 10 pagi kelmarin.

Mangsa, Salleh Abd Samad, 59, bersama beberapa jemaah lain cuba menumbangkan lembu berkenaan sebelum dia ditanduk.

Anak saudara mangsa, Mohamad Wafiq Md Yazlli, 16, berkata, ia lembu terakhir akan disembelih pada hari berkenaan.

“Ketika itu, bapa saudara bersama beberapa petugas lain berusaha menumbangkan lembu itu. Bagaimanapun, haiwan itu tiba-tiba meronta dan menanduk perut bapa saudara.

“Tandukan itu menyebabkan bapa saudara terjatuh dan belakang kepalanya terhentak di atas jalan raya di depan surau. Dia yang tidak sedarkan diri dibawa penduduk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 5:52 AM