Mohd Azuan ketika menjalani rakaman alih suara di studio.
Pelakon suara (dari kiri) Mohd Azuan Shamsir, Marina Tan, Nuraini Nazihah Razali, Steven Tan dan Muhamad Nor Adzlan Nazir.
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bayaran kurang memuaskan, tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan jaminan insurans serta tenggelam dari dunia hiburan semasa menjadi antara faktor penyebab mengapa industri lakon suara masih ketinggalan jauh berbanding bidang seni lain.

Pengerusi Dubbers Incorporated Malaysia (Dubbers.Inc) Mohd Azuan Shamsir Samsuri berkata, pelakon suara hari ini tersisih dari lapangan seni hiburan tanah air hingga ada yang menjadi mangsa ‘rompak’ syarikat produksi tidak bertanggungjawab.

“Kalau hendak dibentang isu berkait dengan pelakon suara atau pengalih suara tanah air memang banyak perkara mengecewakan berbanding yang membanggakan.

“Kalau pelakon drama dan televisyen sudah ada tangga bayaran bagi setiap episod lakonan mereka, kita masih menerima upah semurah RM50 bagi satu episod.

“Bayangkan betapa jauh jarak bayaran yang kami terima sedangkan populariti animasi, drama atau filem yang dialih suara itu melambung,” katanya.

Kata Mohd Azuan, bayaran standard sukar ditetapkan berikutan sikap sambil lewa sesetengah produksi serta pengalih dan pelakon suara sendiri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 9:18 AM