Kuala Kubu Bharu: Misi pencarian Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keramat, Kuala Lumpur Jashiah Rabu, 53, menggunakan alat pengesan haba badan manusia atau Thermo Camera, malam kelmarin masih tidak memberi sebarang petunjuk positif.
Operasi lebih sejam itu tertumpu di kawasan belukar sekitar Kampung Orang Asli Buloh Telur, lokasi Jashiah dipercayai dikesan melalui kawasan berkenaan.
Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu Asisten Superintendan Mohd Razip Md Tahir berkata, pencarian lebih khusus dilakukan di kawasan itu kerana mereka percaya mangsa tidak akan pergi jauh.
“Malam ini (kelmarin), kita mencari di kawasan di mana kita dengar maklumat mengatakan mangsa pernah meminta makanan, malah ada saksi melihat wanita itu di kebun getah ketika melalui jalan yang digunakan untuk ke Bukit Kutu.
“Bagaimanapun, usaha malam tadi (kelmarin) masih gagal mengesan mangsa,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.