MOHD Hanif  menunjukkan longgokan sampah yang mencemar Tasik Puncak Bestari, Puncak Alam.
MOHD Hanif menunjukkan longgokan sampah yang mencemar Tasik Puncak Bestari, Puncak Alam.
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Walaupun kolam tadahan Tasik Puncak Bestari, Puncak Alam, dekat sini, pernah meragut nyawa seorang remaja tahun lalu, namun sehingga kini ciri-ciri keselamatan di kawasan berkenaan masih belum sempurna.

Kawasan berkenaan dibangunkan menjadi taman rekreasi bagi penduduk sekitar, bagaimanapun terdapat beberapa lokasi yang membahayakan pengunjung kerana laluannya terlalu sempit dan curang menyebabkan seseorang berisiko untuk terjatuh ke kolam tadahan itu.

Tinjauan di sekitar taman berkenaan mendapati kanak-kanak bebas bermain sehingga terdapat antara mereka turun hingga ke gigi air walaupun kolam berkenaan tidak dibenarkan untuk aktiviti mandi-manda.

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Penduduk (MPP) Bandar Puncak Alam Mohd Hanif Md Sultan berkata, tasik berkenaan sebenarnya adalah kawasan tadahan air bagi kawasan itu jika berlaku banjir.

“Bagaimanapun, pihak berwajib menjadikannya kawasan riadah dengan menyediakan beberapa kemudahan seperti trek joging, bangku dan sebagainya untuk kemudahan penduduk.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:12 AM