PELAJAR Kolej Vokasional Butterworth seronok berkongsi kegembiraan.

Kuala Lumpur: Pasukan Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang muncul naib johan Pertandingan Pembinaan Landskap Antara Kelab Pembinaan CIDB Malaysia yang dianjurkan bermula Mei dan berakhir September lalu.

Pertandingan itu disertai empat kolej vokasional dan lapan sekolah menengah di Pulau Pinang manakala penilaian dibuat oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Pulau Pinang pada bulan lalu.

Pengarah Kolej Vokasional Butterworth Mustafa Albakri Ahmad Radzi berkata, pertandingan itu medan yang baik bagi menjalinkan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan antara CIDB dan kolej vokasional.

Katanya, kemenangan itu akan menjadi motivasi kepada warganya untuk melangkah lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Saya gembira dengan pencapaian membanggakan ini,” katanya.

Pasukan itu yang disertai 29 pelajar kursus Teknologi Kimpalan dengan dibantu Pensyarah Penasihat Sa’don Ahmad, Zainol Darus, Muhamad Farid Izwani Ismail dan pensyarah kimpalan lain berjaya membawa pulang trofi, wang tunai serta sijil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 8:15 AM