LUKA di kaki Tuan Siti Zubaidah berbalut tisu tandas bagi mengelak dihurung lalat.
LUKA di kaki Tuan Siti Zubaidah berbalut tisu tandas bagi mengelak dihurung lalat.
NIK Masku Hairi membantu mengangkat ibunya Tuan Siti Zubaidah.
NIK Masku Hairi membantu mengangkat ibunya Tuan Siti Zubaidah.
Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Kota Bharu: Biarpun dalam kesusahan, saya terus galas tanggungjawab jaga emak sakit,” kata Nik Masku Hairi Saari, 20, anak kepada Tuan Siti Zubaidah Tuan Mat, 39 yang terlantar sejak tiga bulan lalu akibat kencing manis kronik.

Nik Masku berkata, ibunya memerlukan penjagaan rapi kerana tidak mampu bergerak selepas luka di kaki kiri yang hanya dibalut tisu tandas untuk mengelak dihurung lalat kerana kesempitan hidup bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia perlu mengambil tanggungjawab menjaga ibu yang turut menghidap penyakit jantung, paru-paru berair dan buah pinggang kerana kakaknya Nik Nurul Fatihah, 21, bekerja di Kuala Lumpur, manakala adiknya Nik Nurul Dalillah, 19 masih belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Sebelum ini emak boleh bergerak serta berjalan, namun sejak tiga bulan lalu, dia tidak dapat berjalan dan hanya terbaring. Setiap hari, saya perlu angkat ibu ke tandas untuk mandi selain masak dan suap makanan.

“Setiap hari saya tukar pembalut kaki ibu dengan tisu tandas bagi mengelakkan dihurung lalat,” katanya di rumahnya di Chabang Tiga Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 9:15 AM