SEBAHAGIAN lembu yang mati dipercayai termakan racun di padang ragut Batu Anam, Segamat.
SEBAHAGIAN lembu yang mati dipercayai termakan racun di padang ragut Batu Anam, Segamat.
Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Seorang penternak lembu mendakwa bukan sahaja menolak tempahan pelanggan untuk membeli ternakannya bagi kenduri kahwin, malah kerugian hampir RM80,000 apabila 26 haiwan ternakannya mati dalam keadaan mencurigakan di padang ragut di Batu Anam, awal bulan ini.

Mohd Noh Sawal, 57, berkata jam 6 petang 5 November dia terkejut menemui 16 lembu jantan dan 10 lembu betina yang dilepaskan di padang ragut 500 meter dari kandangnya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan ada yang mati dengan mulut berbuih.

“Kebiasaannya saya melepaskan lembu di padang ragut berkenaan dan membawa mereka ke kandang dalam kawasan berpagar elektrik seluas dua hektar.

“Namun, pada hari kejadian, daripada 60 lembu yang diternak, sebanyak 26 lembu hilang lalu saya keluar mencari di padang ragut itu sebelum mendapati haiwan ternakan saya mati,” katanya.

Dia sempat menyembelih dua lembunya yang dalam keadan nazak kerana kasihan melihat haiwan itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan selain kembung dan mulut berbuih.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 9:00 AM