SITI Zabrina diiring anggota polis keluar mahkamah, semalam.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Kes perbicaraan pembunuhan seorang kanak-kanak ditangguhkan ke 10 Disember ini selepas Mahkamah Majistret, di sini, semalam, belum menerima laporan bedah siasat mangsa.

Tertuduh yang juga ibu tiri mangsa, Siti Zabrina Adin, 39, dibawa ke Mahkamah Majistret buat kali ketiga, semalam, atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Majistret M Mageshwary menangguhkan perbicaraan ke tarikh berkenaan berikutan laporan bedah siasat ke atas mangsa masih belum diperoleh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Damia Amani Mohd Azam, 5, di sebuah rumah di Lorong Makmur 6, Taman Lukut Makmur, Lukut, dekat sini, antara jam 3.30 petang hingga 5.15 petang, 7 Ogos lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 9:33 AM