KAKITANGAN PMB Investment membawa kenderaan berlogokan Pelaburan Mara.
KAKITANGAN PMB Investment membawa kenderaan berlogokan Pelaburan Mara.
Oleh Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhasrat meluaskan lagi rangkaian Mara Digital ke seluruh negara melalui penubuhan Mara Digital di setiap negeri bermula pada tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan cawangan baru Mara Digital dijangka membabitkan pusat perniagaan Mara sedia ada yang memerlukan sokongan.

“Sebagai contoh, Anggerik Mall di Shah Alam dan beberapa lagi bangunan Mara seluruh negara yang memerlukan pembaharuan dan perubahan daripada aspek perniagaan,” katanya selepas pengumuman prestasi dana terbaik PMB Investment di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti lokasi sesuai untuk pembukaan Mara Digital di setiap negeri sebelum meluaskan lagi ke peringkat daerah melalui penggunaan pusat Arked Mara di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang.

“Arked Mara juga memerlukan pembaharuan dan penjenamaan semula di mana kami melihat ia sebagai tempat sesuai memasarkan produk berasaskan teknologi maklumat (IT), sekali gus mewujudkan perubahan dan memberi pilihan di samping produk sedia ada seperti pakaian,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail membidas kenyataan Zaid Ibrahim dalam blog peribadinya yang menyatakan keputusan memberikan sewaan percuma selama enam bulan kepada usahawan Bumiputera di Mara Digital akan menjadikan mereka manja.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 6:47 AM