MUHD Aril Zafran makin sihat.
MUHD Aril Zafran makin sihat.

Ipoh: Viral palsu dalam media sosial kononnya Muhd Aril Zafran Jamilulehsan, bayi berusia setahun tujuh bulan yang menjalani pemindahan hati di Shanghai, China kerana penyakit hati kronik, meninggal dunia mengguris hati keluarganya.

Ibunya, Nur Amirah Syazwani Pandi, 22, berkata, dia terkejut apabila menyedari berita palsu mengenai kematian anaknya tersebar secara meluas.

“Hampir luruh jantung saya apabila melihat berita palsu mengenai kematian Muhd Aril tersebar di Facebook dan WhatsApp.

“Saya mengetahui perkara itu Sabtu lalu dan sejak itu hingga ke hari ini keluarga dan rakan tak henti-henti menghubungi saya, malah dalam Facebook dipenuhi ucapan takziah dan sedekah al-Fatihah daripada pembaca kepada Muhd Aril sedangkan anak saya masih hidup dan sihat.

“Pada saya, moga berita tidak baik ini digantikan dengan Muhd Aril bertambah sihat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2015 @ 6:27 AM