MOHD Faizal (kiri) melihat pekerja melakukan kerja membaiki kenderaan.
MOHD Faizal (kiri) melihat pekerja melakukan kerja membaiki kenderaan.
Hamizah Badiran

Dalam penyelenggaraan kenderaan, perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kereta ialah penggunaan minyak pelincir yang sesuai.

Kegagalan memilih minyak pelincir yang betul akan memberi kesan buruk kepada kenderaan dan menyebabkan pengguna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk membaikinya.

Pemilik D Alfa Synergy (M) Sdn Bhd, Mohd Faizal Aladdin berkata, penggunaan minyak yang tidak sesuai akan memberi kesan terhadap kecekapan enjin dengan prestasi enjin berkurangan termasuk enjin terasa berat dan kelikatan minyak pelincir berubah.

“Selain itu, ia menyebabkan enjin cepat panas dan komponen menjadi haus akibat geseran,” katanya yang menyediakan perkhidmatan servis kereta buatan Eropah, Jepun dan tempatan di Seksyen 7, Shah Alam.

Mohd Faizal juga menyediakan perkhidmatan penghantaran alat ganti dan peralatan kenderaan kepada jabatan kerajaan serta swasta.

Menurutnya, kelebihan penggunaan minyak pelincir sama ada sintetik, separa sintetik atau mineral, dapat mengoptimumkan prestasi enjin, memanjangkan jangka hayat enjin dan menjimatkan wang tanpa perlu berbelanja besar untuk menambah campuran adunan istimewa (aditif) seperti X1R, STP atau Bardhal dalam minyak pelincir itu.

“Pemilihan minyak pelincir yang sesuai dengan enjin, suhu sekitar, gaya pemanduan dan kegunaan kenderaan dapat membantu pelanggan meminimumkan kos penyelenggaraan.

“Minyak pelincir yang berfungsi untuk melancarkan enjin tidak semestinya mahal dan berjenama. Justeru, saya sarankan pengguna mendapatkan maklumat bagi memilih minyak pelincir yang sesuai untuk kenderaan yang digunakan,” katanya.

INFO

D ALFA SYNERGY (M) SDN BHD

- ALAMAT No. 2, Jalan Keluli AK7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

- TELEFON: 03-3342 3866

- FACEBOOK: D Alfa Auto Service

-E-MEL: [email protected]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 9:31 AM